aku rasa aku tergolong dalam golongan yang tak boleh di-push. aku rasa aku tergolong dalam golongan yang buat benda bila ada mood. lagi aku struggle,lagi aku tak dapat apa-apa. tapi dalam konteks final exam sem ni,teori aku tu macam tak berapa boleh pakai ah. kena jugak struggle,cuma aku tak tau nak struggle macam mana. rasa macam semua benda susah je. ni bukan first time aku rasa macam ni. aku ingat lagi time aku form 4.
time tu baru masuk SBP. bangga ni PMR 8A baq hang. aku rasa time tu aku orang paling pandai. tapi takdak la aku proud sangat pun. masuk ja SBP,aku dok buat stai sekolah harian. amek ringan dengan test. time tu first test. aku buat relax,tak study,orang lain semua study,aku dok lepak ja. senang lenang,dah rasa diri tu pandai sangat. sekali result keluaq,amek hang.2nd last dalam kelas. dalam bacth nombor berapa ratuih dah tak ingat. lalai dan leka,aku tersedar. aku sedar aku kena buat something. aku pun try la follow member-member aku yang rajin study. aku ikut cara depa. tapi......aku still tak dapat momentum. aku still takdak mood tu. feel tu tak sampai lagi. aku takut result teruk,tapi dalam masa sama,aku memang tak boleh nak digest apa kau belajar. tak tau la apa yang tak kena time tu.
test-test berikutnya aku hadapai dengan kegagalan. kecewa gila babi,memang kecewa. dah menjadi kelaziman kat Star,budak f4 baru semua pandai-pandai,tapi mai kat aku,aku pecah tradisi. freshie tak menjadi. sampai la exam akhir tahun,aku dapat nombor last dalam kelas,sekaligus meletakkan aku dalam kelas belakang-belakang. kelas tak berapa cerdik la senang cakap. sedih wei sedih...satu2 freshie yang dok kelas last. aku rasa malu pun ada,tapi aku chill,aku sabaq.
masuk f5,aku azam,aku nak berubah. tapi time tu.memang macam ada boost mai kot pungkoq cucuk teruih sampai otak. perubahn 360 darjah. aku ada mood study,aku ada feel. even aku dok kelas last,tapi kelas last tu tak la seteruk yang disangka. aku rasa kelas last tu memang sesuai dgn jiwa aku. kelas 5R. surrounding yang tak byk pressure. budak-budak kelas aku semua masuk ayaq belaka. tapi macam tu yang aku suka. aku tenang nak belajar. aku belajar dengan kerelaaan hati. alhamdulillah,aku berjaya kekalkan momentum sampai SPM :)
cuma kat universiti ni,aku macam kadang-kadang hilang momentum. haritu ada mai sat momentum tu,paihtu pi mana pun taktau. mohon kepada sesiapa yang membaca entri ini mendoakan supaya momentum saya pulang ke pangkuan. saya amat memerlukan beliau sekarang ni. mohon jasa baik rakyat 1malaysia yang tak mengira bangsa dapat mendoakan saya. amin.
selamat berjaya (Y)
No comments:
Post a Comment