halaman

Saturday, November 20, 2010

AKU TAKUT!!!

dah lama aku tak update blog aku ni. dah naik bersawang sana sini. nasib baik la boleh pakai lagi. kalau toaster for sure dah rosak kalau biar lama2. hmmm.....macam mana aku nak mula. aku sebenarnya x berapa pandai nak guna blog ni. maklum la,orang kampunggg..... tajuk hari ni 'AKU TAKUT'. apa yang aku takut?? hantu?? tu semua mainan budak2 laa. takut sebab tak siap homework?? aku budak U la,come on la korang. kalau korang semua nak tau la apa yang aku takut ni,haaa,baca bagi habih,jangan skip,kalau skip aku baik takyah baca. pi tolong mak tumbuk bawang lagi baguih.

aku nak mula cerita aku dengan kisah aku kat tadika. hangpa tadika dak?? mesti la tadika,semua budak2 pandai nih.. aku dulu tadika kemas,pakai baju biru muda kotak2 dgn seluar biru tua. kat tadika ni,mula2 aku steady ja. kawan2 ramai. entah angin taufan sumatera mana ntah melanda,tiba aku suka nangis bila time nak pi belajaq. mak aku pun naik heran. mula2 tu dia pujuk la,lama2 dah naik meluat,penampaq arab singgah kat muka. aku pun pegi la dengan hati yang redha sebab AKU TAKUT kat mak aku. tu belum cerita bapak aku lagi. encik shofi alang mohd yassin. dia lagi dahsyat!!! baru keluar suara aku dah menggeletar..hang pi!!!! toksah dok mengada!!! hang nampak tali pinggang ni!!! tu la kata2 dia yang aku ingat sampai sekarang. mak aku selalu cakap,"ala,bukan lama pun pi tadika,sampai pkl 11 ja.". time tu mana la aku reti tngok jam. jarum saat aku kata jarum minit. bila jarum saat kena ja pukul 11,aku dah mintak balik kat cikgu...tapi bila dah lama2 dok kat situ,rasa best pulak. bpk aku bg bawak basikal pi tadika. tak semua budak bwk basikal. so,sapa yang bawak tu kira grand ah!! rehat boleh main race2,tapi xdak la bet bohsia lagi masa tu. kecik lagi.

naik sekolah rendah,aku tetap dgn tabiat suka menangis. (malu nak cerita,tapi kejujuran tu penting). setiap kali rehat,aku dah ready kat pagar nak sprint balik rumah. cikgu faridah la yang kejaq aku. dia tangkap aku,lepas tu sumbat aku kat dalam kelas.dia cerita la kat mak aku. balik rumah seperti biasa,mak aku lecture,bpk aku bantai!! macam2 benda singgah kat badan aku..ni semua nak mendidik aku jadi manusia...AKU TAKUT dengan bapak aku. dia garang.

naik darjah 2,emosi aku dah stabil,naik je darjah 3,lagi stabil. tambah2 aku dapat masuk kelas first,pastu kena lantik jadi prefect..hahahahahaha!!! bangga mak pak aku. jaja satu kampung. aku pun pi sekolah pakai tie,tak macam budak2 lain. bila masuk darjah 4, aku dah start nak menggatal walaupun masa tu hormon masih belum dirembeskan lagi. budak tu nama Yasmin. muka dia,cuuuuuunnnnn woooooo. macam anak pak arab. tapi aku senyap je la,sebab AKU TAKUT. yela,aku dah la tak hensem,gemuk pulak masa tu. mana la dia mau kat aku. sampai pertengahan darjah 4,dia pindah. start hari tu,aku tak jumpa dah dia sampai sekarang. agak2 macam mana la dia sekarang??? mesti macasm model. wakakakaka. kat sekolah rendah,aku ada 3 kawan baik. Harith(suka cakap besar),Izzat(mat market,muka hensem),Fazli(paling cool). dalam geng aku,aku la paling loser. xdak apa2. tak penah dapat surat cinta,x power sports,gemuk,selekeh,macam2 lagi la. tapi aku tak kisah pun. yela,sekolah rendah kan,tak heran pun.bila masuk darjah 6,parent aku semakin push aku sebab nak UPSR. aku pun study lah sebab AKU TAKUT dapat result teruk sekaligus akan dikekah oleh bapak ku. bila result keluar,aku dapat 4A 1B. walaupun tak dapat 5A,tapi aku tetap happy. parent aku pun happy.

sekarang masuklah alam sekolah menengah..alam ni macam panjang nak cerita,tapi xpe,aku ringkaskan lah. masa form 1,aku dapat offer dari sekolah menengah king edward. famous seh sekolah ni kat tempat aku. sekolah sukan. akademik kureeeng sket ah. tapi still power. aku tolak offer tu,aku masuklah smk kamunting. life kat sini memang best! aku jadi rascal. aku rebel,lawan cikgu semua kat sekolah ni la. oh,lupa nak bagitau. harith dgn izzat dapat masuk SBP. seratas. izzat cool je,cuma harith ni la poyo2 sket dgn aku. tapi aku orite je,tak amek hati pun. sambung cerita aku. smk kamunting ni kalau korang nak tahu,macam pusat tahanan juvenil. bukan nak tipu la,tapi perangai budak2 kat sini memang masyaallah.....tapi ada la jugak student2 yang berhati mulia macam aku ni. akademik aku memang merudum dari form1 sampai form 3. trial pmr aku dapat 1A je,agama,tu pun sipi2,80 markah..mak aku dh redha dah,bapak aku lagi laa...dia siap cakap kat mak aku."haiqal tu memang takdak peluang nak dapat 8A,pemalaih,baloq"..dia siap bet dgn aku,kalau aku dapat 8A,dia beli fon paling canggih kat dunia ni kat aku..sedih aku dengaq bila bapak aku cakap macam tu kat aku....bukan nak bagi semangat..tapi satu la benda special pasal aku yang aku nak puji ni,lagi orang kutuk aku,lagi kuat semangat aku. aku study! aku nak buktikan kat bapak aku yang dia salah!!

usaha aku berhasil apabila kau berjaya mendapat 8A 1D. arab aku D daaaaa. memang tak boleh nak buat pa,sebab dari form 1 aku mmg asyik fail. haram jadah betoi.naik form 4 aku ingat aku tak nak tukar sekolah,dah best dok smk kamunting,tapi disebabkan aku touching dgn kawan2 aku,aku amek keputusan nak pindah. sapa tak panaih,depa dok perhangat aku dengan brand new motorcycle mereka. plat AGD. baru lagi tu. aku nak mintak kat bapak aku,tak sampai hati.. bapak aku bukannya kerja dasyat sangat mcm bpk2 orang lain. cuma cukup la untuk tampung adik beradik aku belajar. sedangkan dia pun dok pakai kapcai buruk tu,aku nak mintak motor canggih2. mana aci. ada jugak la aku suruh dia tukar motor. dia cakap,"hang tak tau,motor ni banyak berjasa kat kita!". sempoi punya alasan,sambil nak cover baek yang dia mmg takdak duit nak tukar motor sebab dia lebih pentingkan anak2 dia. kalau la aku boleh jadi macam dia...dah!!! tak payah nak touching!!

form 4 aku dapat offer dari sekolah tuanku abdul rahman!!! alamak,sekolah laki lagi!!! apalah badi yang menimpa aku ni. tapi aku gagahkan diri pergi jugak walaupun sebenarnya AKU TAKUT nak menyesuaikan diri kat tempat baru. ternyata star bukanlah tempat yang sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai kekuatan diri yang jitu...psycho la sial masuk sini...aku homesick gila babi wa cakap lu. aku call mak aku tiap2 hari. sampai mak aku pun naik menyampah. hahahaha. nak makan xde selera. bukan senang nak tukar kehidupan yang tiba2 berubah secara drastik. nak dipendekkan cerita,lama kelamaan,aku dah boleh sesuai kan diri.

best jugak sebenarnya life kat sini. aku malas nak cerita banyak2 kisah hidup aku kat sekolah tu. buat aku sayu jeee.. rindu kat sekolah sebenarnya..tapi sepanjang aku kat sini,kerap jugak la aku mengalami krisis kewangan. mana taknya,tiap2 jumaat aku fly. pegi cc,tgk movie. bukan apa,aku kalau tak fly,tak blh fokus study. rasa jiwa tak tenang. mak aku selalu pesan,kalau boleh jimat2 la,abah pun bukan ada duit sangat. aku pun angguk je la,pastu aku lupa. kejam kan aku??? kalau pikir2 balik aku ni memang gampang!! mak bg duit suruh belajar,tapi aku buat benda lain...tapi ni ok lagi. korang baca pulak kisah seterusnya...

aku keberatan sebenarnya nak cerita...tapi kena la jugak untuk renungan kita semua kan?? sekarang ni aku kat UM,gah oo orang dengar. tapi.........tapi kan........aku rasa aku tak datang sini untuk belajar laaaa.... aku banyak buang masa.......habiskan duit tak tentu hala..........contact mak pun dah jarang.....mak aku punya la caring tanya khabar aku,tapi jarangnyaaaa aku balas.....hmmmmmm..........................mungkin benda tu nampak kecik,tapi bg aku besar sangat..aku lalai. aku sibuk dengan hiburan apa kejadah ntah lagi...
kenapa aku jadi macam ni??? AKU TAKUT suatu hari nanti aku jadi anak derhaka...AKU TAKUT suatu hari nanti aku tak sempat......tak payah la kot aku nak taip kat sini. korang paham2 la sendiri apa balasan bagi anak derhaka. sedangkan sekarang pun aku dah start abaikan diorang. macam mana nanti kalau aku ada bini,bini pulak kuat control. AKU TAKUT!!!! dah ada kerja dahsyat2,sibuk 24 jam,ada lagi ke masa untuk aku spend dgn diorang?????

tujuan aku cerita kisah hidup aku dari tadika sampai sekarang ni bukannya apa,aku nak try ingat balik,sapa dulu yang hantar aku pegi sekolah?? bagi duit belanja tiap2 hari?? masa tadika,sapa sikat rambut aku??? siapa beli buku2 kat aku?? aku tak pandai sebenarnya nak bg orang touching dengan hasil tulisan aku,tapi korang sendiri boleh pikirkan?? mungkin la,bagi mereka yang dibesarkan dalam keluarga loaded,nak apa semua dapat,tak terasa sangat..apa nak kisah,mak pak aku kaya,dia boleh sara diri la. tapi lain bagi aku. tanggungjawab aku besar! aku abang sulung!! adik aku ada 5 orang. apa nak jadi kat adik2 aku kalau mak pak aku dah..........pastu abang diorang pulak perangai macam hantu?? AKU TAKUT. aku takut kalau suatu hari nanti allah uji aku dgn benda ni.....

aku pun manusia biasa,tak lepas dari buat silap.....cuma mungkin sekarang ni aku tersedar SEDIKIT setelah ditimpa kesusahan. AKU TAKUT aku akan lalai semula bila aku dah happy nanti.............................

6 comments:

  1. boooo haiqal. pegi tadika pun nanges. aku pun takkk. hahaha.

    tension dowhhh jadi anak sulung. tanggungjawab berat seyhhh. :(

    ReplyDelete
  2. senasib. dari tadika sampai darjah 1 memang nangis je tak nak pegi sekolah, sampai nenek aku tunggu. lol.
    chill haiqal. Allah sayang kau, sebab tu dia bagi kau ujian.

    ReplyDelete