halaman

Saturday, February 12, 2011

i know a greatest man!

semalam baru aku tersedar yang aku sebenarnya ada kenal seorang lelaki power. sebelum ni aku tak sedar pun dia hebat sebab dia ni kerja biasa ja. kerja plumber. sapa la yang nak pandang dia kan? eleh,setakat kerja tu ramai orang buat benda sama lah! tapi dia tak kisah. dia buat jugak kerja tu dan dia enjoy kerja dia. aku suka cara dia berfikir.

tapi aku dengar cerita,masa dia muda-muda dia memang hebat main bola. midfielder! hampir-hampir dapat wakil perak. hebat gila!! sebab dia main bola ke dia jadi power dan terkenal? tak. tidak sama sekali.

aku ada jugak dengar yang dia ni masa muda,dia hebat gila tackle awek. muka market. aku dengar cerita la. tak tau la betul ke tak. ikut-ikut aku lagi hensem dari dia,tapi takdak sorang pun awek sangkut. biarlah,mungkin tu mitos atau ura-ura nak bg cerita lagi gempak agaknya. biarlah.. tapi sebab kehandalan dia mengorat awek . bukaaaaan. sama sekali tidak anak-anakku. hahaha.!

tapi aku cukup admire dengan kehebatan dia membesarkan anak-anak dia. semua lelaki pulak tu. aku tengok dia takde la garang sangat. tapi sekali kalau dia marah,memang semua anak-anak dia akan terkesima,ada yang terkencing dalam seluar lagi la. lagi satu,bini dia lawa. hehehe. aku tengok gambar masa dia kawin,putih melepak. bibir merah bak delima. cantik. memang betul la dia ni pandai tackle marka.

tapi aku sebenarnya kesian tengok dia ni. orang lain dah maju berkereta,dia naik kapcai lagi. rumah pun rumah sewa je. patut ke orang hebat macam dia ni hidup macam tu? tapi dia tak kisah. demi anak-anak dia dia sanggup hidup susah. asalkan anak-anak dia ingat kat dia masa dia tu cukuplah. tapi anak-anak dia ni boleh ke balas jasa dia? dia orang hebat kot!!

aku ada juga simpan niat nak jadi macam dia,tapi dia selalu pesan,jangan jadi mcm ABAH ni. ya,aku memang panggil dia abah sebab nama dia mohd shofi bin alang mohd yassin. kebetulan ke?? tak la,memang betul he's the greatest man on earth. superman pun boleh kalah dgn dia. kapcai dia boleh terbang kot!! dia selalu cakap jangan jadi macam abah,kerja bawah panas,hitam,penat,letih. nanti haiqal dah besaq haiqal kerja bawah air cond. tak mcm abah,kerja teruk-teruk pun gaji sikit. takpa-takpa,nanti haiqal dah kerja,haiqal beli inspira double seated. boleh mak dgn abah dating. dah lama mak dgn abah tak dating sebab asyik dok bela kami.

thank you!
i love you!

4 comments: