halaman

Thursday, April 14, 2011

aku ada kawan,kawan kawan kawan.
saya suka bermain dengan kawan-kawan saya,
hari-hari saya main bola dengan kawan-kawan saya,
saya dan kawan saya sangat gembira,

suatu hari,saya dan kawan-kawan saya hendak bermain bola di padang bola,
tiba-tiba,hujan turun dengan lebatnya
semua kawan-kawan saya sedih,
lalu kami pulang semula ke rumah,

esoknya,hujan turun sekali lagi dengan lebatnya,
kali ini,saya dan kawan-kawan merasa sangatlah sedih,
"sudah dua hari kita tak main bola ni" kata kawan saya kepada saya.
saya cuma mampu diam kerana hujan adalah qadak dan qadar.

pada hari yang ketiga,langit cerah,awan berarak. 
saya saaaaangaaaaaaat gembiraaaaaaaaaaa!
saya ingin mengajak kawan-kawan saya bermain bola, 
tapi...
saya tidak langsung berjumpa dengan kawan-kawan saya pada hari itu,
saya tunggu lagi,tapi mereka tidak jugak datang,
ke mana mereka menghilang??
dengan siapa saya mahu bermain bola?
saya rindukan kawan-kawan saya
dah tak guna langit yang cerah,
kalau kawan-kawan tiada......


Monday, April 11, 2011

satupersatu

exam dah berakhir,apa lagi nak pikir? enjoy ah! tapi kali ni dah macam takde erti. exam tunggang langgang. satu persatu masalah datang. berat kepala aku ni. kalau lah aku boleh luahkan kat mak bpk aku pasal perasaan ni kan bagus.

aku tak tau nak explain macam mana,tapi perasaan ni tak tenteram.

i don't want my life end up just like kurt cobain.

ya allah!

dugaan apa yang datang kat aku ni?? ya allah,ini ke balasan kerana aku lalai?

Wednesday, April 6, 2011

sosialstigmarakyatmalaysia

"anak hang dapat berapa A?"
"anak aku 2A ja,anak hang?"
"anak aku 8A,takpa laa,2A,boleh tolong pak dia kat kebun tu,ni polan tu dah apply unversiti."
"oo,baguslaah. anak aku si brahim tu baloq liat. makan tidoq ja dia tau!"

situasi konversesi klise persatuan surirumah takdak kerja. bila anak berjaya,dijajanya satu kampung. anak orang lain semua dia nak tau result exam berapa. cuba kalau anak dia lingkup,dia nak tanya tak? seminggu berkelubung dalam kelambu,tak keluaq rumah. macam vampire tak boleh kena cahaya matahari. tu lah orang malaysia. aku dah bosan tengok senario ni kat kampung aku. sama macam aku dah bosan tengok SENARIO. come on la mak cik,tau la anak mak cik berjaya,hebat,gagah,perkasa,tampan,agogo,tak payah la nak poyo. pigiraaaaa!!

situasi ni jugak terjadi masa hari raya. bila semua sedara mara berkumpul. apa lagi,promote anak.
 
"anak hang sekolah mana?" mrsm,sbp,sekolah swasta,sekolah memandu.

macam-macam jawapan keluaq. boringlaa kalau tiap kalai raya dengaq mak-mak kita sembang benda sama. meluat. bila aku lari masuk bilik,tidoq,mula la cakap aku tak reti bercampuq dengan sedara. nak bercampoq kejadahnya kalau tiap kali jumpa sembang benda sama. macam tengok astro dah. bayaq mahai-mahai,tengok cerita ulang-ulang. tu pun orang suka tengok. apa punya rakyat malaysia.

paling aku bara bila orang tanya result trial,lepaih tu result trial aku terok sikit ja dari anak dia. dia punya bahan,macam aku ni robot. kih kih kih punya gelak. kalau tak sebab hang mak sedara aku,dah lama aku jack kepala hang. serius cakap. respect kena ada. kalau orang tua pun dah berperangai macam budak-budak,perlu ka aku hormat? kirim salaaaaammm.

bresult SPM pulak dah macam pita pengukur tahap kebaikan budak-budak kampung. aku tau la result spm aku gempak,tapi tak yah la label aku budak baik. aku jahat! nak tengok aku sembelih orang? nak tengok? tapi disebabkan aku pandai,aku tak la bodoh sangat nak tunjukkan kejahatan aku kat orang lain. tu sebenarnya beza orang bodoh dengan orang pandai.  bila aku dah keluaq loghat taiping ni,memang aku dah berong habih habaq hang!

nak ja aku campak laptop ni,nasib baik laptop aman ja. kalau laptop aku lagi la aku tak lempaq! aku lempaq kalau laptop ni laptop orang tua tak matang!

Tuesday, April 5, 2011

lamalamadulu

batalion paling brutal aku pernah masuk
sorang member aku ni Faezah Abdullah,tiba-tiba hari tu upload gambar ni. mengimbau memori silam laa konon. menyampah aku dengan orang tacing-tacing ni. aku macho ah,tak makan tacing la wei! kebooooshhh! aku tipu! hahaha. okay2,back to the topic. 

semua nampak baik je pakai songkok kan? kan? cuba teka aku yang mana satu? nampak ja alim wei,tapi ni semua terrorist! KEBOSSSSH!!!!!(sekali lagi aku tipu) 

ni gambar aku masa form 1. kelas agama. jangan main-main. tengok,tie lagi besaq dari lengan. terserlah kejambuan di situ. aku rindu "family" aku yang ni. serius shit!

ni lagi satu batalino aku pernah bertugas

all boys! this is STARIAN. group white house,fivers 09. dua tahun dengan depa. banyak benda aku belajar. serius. aku belajar fly tanpa kepak,aku belajar mcm mana nak escape kelas tanpa menyentuh perasaan guru. aku belajar menyorok belakang locker,aku belajar makan ikan keramat.

thanks to all: mabouk,gp,jambu,kenya,ben,megat,fizy,pdot,mader,ronald,moja,amon,cendol,nado,alan,bani.


family aku yang sekarang ni aku malas nak bukak cerita. SEDIH! cukup la aku sedih tinggal dua battalion kat atas ni.

aku dah tak macho

tak guna nak nangis dah
tak guna nak sedih-sedih
dah cuba sedaya upaya
berserah je la
i'm macho man
my macho is immortal
cool guys don't look at explosion

tapi kertas ECONOMY buat aku nak menangis

Saturday, April 2, 2011

genetikbapakaku

"dulu masa mak mengandung kat hang,abah selalu bawak mak pi jamming,sebab tu kot hang ikot perangai abah hang,nak jadi rock star" (ayat last tu aku tipu)


iya! tepat sekali. memang betul apa mak aku cakap. memang bapak aku suka bawak mak aku teman dia pi jamming masa mak aku mengandungkan aku. sweet kan?? aaaaaaaa(bunyi sweet) mak aku cerita bapak aku dulu main bass sambil jadi vokalis. tapi bapak aku cakap dia main gitar,bukan bass. mak aku nak cover line dia cakap,dia perempuan,mana tau benda-benda ni.

drummer band bapak aku,arwah pak cik rahim. badan dia macam badak(budak fizikal satu sekolah dengan ezas) dia pernah cakap kat mak aku,anak ni nanti lahir mesti jadi ahli muzik ni. mak aku pun ketawa malu-malu sebab masa tu mak aku baru umur 19 tahun. kira stage tengah control ayu lagi lah.mak aku pernah cerita bapak aku suka mainkan satu lagu ni untuk mak aku. aku dah tak ingat lagu apa. tapi aku dengar cerita ni.agak sweet la. tak sangka bapak aku romantik macam tu sekali.

masa mak aku mengandungkan aku jugak,mak aku cerita dia pernah hampir-hampir keguguran. sebab jatuh motor. ceritanya macam ni. mak dgn bapak aku naik motor,masa tu malam,tengah best nyanyi lagu seiring dan sejalan,tiba tiba!!! ada budak bagero naik basikal melintas kat depan motor bapak aku. bapak aku cuba elak! malangnya,bapak dengan mak aku yang tergolek dog. kesian. tapi nasib baiklah masa tu aku berpaut teguh pada umbilical chord,so tak gugur la.

masa mak aku mengandungkan aku jugak,bapak aku hampir menemui ajal. bapak aku ni dulu driver lori treler. biasa la travel dari taiping sampai ke KL. satu hari ni,(kejadian ni berlaku 23 sept 1992,sebulan sebelum aku lahir) bapak aku dengan kawan dia rehat kat tepi jalan. macam selalu kita tengok. bapak aku tido time tu. entah macam mana,bapak aku story,dia terjaga! bukak je mata,perompak dah acu pistol kat dia,dia sempat elak,tapi kena kaki dia! yang aku respect tu,dia boleh lagi lawan dengan perompak tu. dia buh penerajang,piiiuuu terpelanting perompak tu terkeluar dari lori. kawan bapak aku yang kat seat driver ni,dengar je kecoh-kecoh,dia terus start enjin lori.blah! bapak aku kira bernasib baik laa. bayangkan kalau dia tak tersedar masa tu.mau berkecai kepala. SYUKUR KEPADA ALLAH!

lahir je aku kat dunia ni,mula-mula tok wan aku nak letak nama MOHAMAD AZAN. stylo seeehh. tapi aku tak setuju. tak ranggi katanya. so dia letak MOHAMAD HAIQAL yang lebih korporat serta berwibawa. sepanjang aku dalam perut mak aku,macam-macam benda jadi. sebab tu kot aku lagi tough kalau nak dibandingkan dengan adik-adik aku(ni betul,tak tipu)


konklusinya di sini.aku teringin ada awek yang perangai macam mak aku. dan aku cuba nak jadi se sweet bapak aku. mesti hidup bahagia. kadang-kadang ada jugak gaduh,standard ah, mcm cerita wrestling,sekejap geng,sekejap gaduh.

trollingyouoldman

sama kan?? KAHKAHKAH
mulut pedas,makan kaki la jawabnyaa. tapi nasib baik la pemikiran waras aku masih mampu mengontrol kemarahan aku. kalau tak,memang dah lama meja serta kerusi terbang diawangan lalu hinggap kat kepala.
sampai sekarang aku masih tak paham apa yang dia nak dan apa sebenarnya aku kena buat.
dia memperanjingkan design aku. ok fine,mungkin sebab dia arkitek yang dah ada master dan aku cuma pelajar asasi yang baru nak bertatih. okay,fine sekali lagi. tapi tindakan dia memperanjingkan design aku bukannya cara untuk aku belajar,dan cara dia seolah-olah gaya seorang samseng sekolah menengah yang mengepow budak tadika lalu mendabik dada kat depan awek, kononnya dia la taiko. tunggu lagi 15 tahun. aku gegar rumah dia dengan mustang!

dia tak layak mendapat penghormatan aku.