halaman

Sunday, February 27, 2011

kali ke- tiga

dah masuk kali ke tiga aku update blog aku dalam masa 2 jam. first time aku rasa. tapi benda ni memang aku dah tak boleh simpan dalam kepala otak. beban. seksa. perit. pedih pun ada

aku mengaku yang AKU MEMANG SUKA DIA!. serius shit aku tak tipu! aku suka style dia. tapi ada something yang kadang buat aku rasa aku patut lupakan perasaan tu. apa dahal haiqal?? apa masalahnya?

aku rasa aku memang tak layak untuk dia. JURANG JAUH. dia lain aku lain. aku lain yang teruk,dia lain yang bagus. aku memang tak layak untuk dia. aku tak boleh bagi macam mana yang dulu punya bagi kat dia. aku tak rasa kalau aku go dengan dia,kami boleh lama. nanti dia benci aku. aku takut. SUMPAH!

AKU TAK KOREA
AKU TAK BIEBER
AKU TAK M SHADOW

SO MEMANG AKU TAK LAYAK LA SENANG CAKAP!

apa yang aku ada? takda apa-apa. so haiqal lupakaaaaaaaaannnnnnn.

sekolah rendah aku!

bapak aku dulu pun sekolah sini jugak.



dia buat lawak


hari jumaat memang bukan hari untuk rilek bagi budak-budak design. jumaat la nak kena siapkan projek yang nak kena hantar esoknya. tak tido tu dah perkara biasa. projek-projek yang dia bagi sebenarnya takdak la susah mana,tapi dah last-last minute buat,ate kome harapkan apenye? jahanam la jadinya. tapi tak macam projek yang kali ni. aku dah cuba sebaik mungkin untuk siapkan awal. alangkah genbiranya hati bila siap awal. tak terasa sangat pressure dia tu. okay,aku malas nak taip panjang sebab nanti orang pun boring nak baca. oranag malaysia ni memang tak suka membaca.

esoknya,sabtu. bersamaan 26 february 2011,kami semua kena hantar projek. oklah. aku hantar dengan harapan yang tinggi akan dapat paling kurang A- la. tinggi sebenarnya harapan aku tu. tapi aku yakin,takda yang mustahil.

maka aku pun hantarlah projek aku ni. basic design:form. aku buat bentuk pyramid. not bad la(aku punya suka la nak poyo). lepas hantar boleh la kami semua ni rilek-rilek kejap. makan dulu,minum,tido pun sempat. balik bilik dulu,online facebook.

tiba saat komen-mengkomen(aku tak suka part ni). kritikan mengikut group. semua orang akan kena kritik. prof pun komen la projek-projek tu. ni la,tu la, cantik la,buruk la,ada yang terjadi,ada yang menjadi,ada yang jadi. entah apa-apa la yang dia merepek. sekejap cakap macam ni,sekejap cakap macam tu. sumpah pening gila masa tu.

sudah sampai turn aku. dia cakap design aku ni dah hampir berjaya. tapi kenapa ada senget sikit?? aku pun cakap laa

"ada lari sikit prof"

lepas tu nak tau dia jawab apa??

"kalau lari kejar la"

butuh pak dia! buat lawak anak haram apa pun aku tak tau. sumpah panaih. nak cakap bodoh karang megah pulak. time-time tu pulak dia boleh start buat lawak bodoh. aku rasa,lawak tu kalau jual kat senario laku la,tapi kalau jual kat mr bean,mr bean boleh bagi flying kick kat pungkoq dia.

tuhan ja tau masa tu berapa panasnya aku. aku ingat boleh la dapat A. sekali B+. apa dahal?? silap sket ja. hang tau tak berapa banyak aku habih nak buat menatang tu?? aku dah buat sebelum ni,pastu hang suruh redo. aku terima. aku hormat sebab hang prof aku! seriuos! tapi bila hang dah start buat lawak badut sarkas kepala dongga kat depan sambil angkat design aku,aku dah hilang respect kat hang. sorry la! no respect anymore.

lagipun,hang suka cakap berbelit. aku pun tak paham la dengan hang ni. memang betul aku kurang ajar. memang betul aku biadab. tapi kebiadapanlah kadang-kadang boleh mengajar orang tua ego macam hang!

nak kata hang hebat,takdak la hebat mana. cuma hang megah bila hang buat lawak,ada suara yang menyokong dari belakang sambil ketawa macam kambing gurun. proses pembelajaran sepatutnya tidak menjadi satu proses yang memalukan. tapi dengan lahirnya insan-insan yang tak layak untuk mendidik seperti hang,ramai yang kecundang dan patah semangat. nasib baik aku tak patah semangat sebab aku masih ada mak pak yang boleh aku banggakan. aku kisah apa! design aku! dulu the beatles pun kena kutuk sebab bawak lagu-lagu yang kononnya sampah. elvis pun. tapi art is not constant. it can change with human. suatu hari nanti,design aku akan ada dalam silly-bus basic design.

kelakarkan lawak hang?? kan kan kan?? teruskanlah!!


Tuesday, February 22, 2011

betullah apa orang cakap.

projek projek projek. macam haram banyak. paling shit bila aku takdak idea. mula lah merapu-rapu. betullah apa orang cakap,architecture susah. tapi aku suka. aku suka sebab aku rasa aku sedang challenge diri aku untuk step on the next level. sekarang bukan lagi wakty sekolah,semuanya berjadual ketat macam che kiah pakai bengkung,sekarang semua kena pandai arrange sendiri. silap arrange,ke longkang la jawabnya. setakat ni alhamdulillah la. semua okay walaupun aku seakan-akan dah hilang fokus sedikit.

bercakap pasal hilang fokus,aku rasa diri aku ni dah start tak fokus. macam ada sesuatu menatang yang menggangu. aku pun tak tau menatang apa. aku macam dah tak dak semangat nak belajar. bahaya ni! jangan hanyut woi! hang tu harapan. tapi hakikatnya memang macam tu. sorry mak,abah,haiqal bukan robot. haiqal pun kadang-kadang stress dan tertekan walaupun tiap kali balik rumah mak tanya "macam mana belajar? okay tak?",haiqal mesti jawab "okay,no hal la,kepala geliga!" padahal aku haiqal tipu.

tak guna kalau aku cakap kat parent aku yang aku dah tak boleh fokus sebab alih-alih,diorang mesti cakap tu semua alasan. pernah tak orang nak percaya kepada alasan orang yang gagal? macam korang fail exam,kawan korang lulus,pastu korang cakap eleh aku tak study boleh la. dia siang malam dengan buku. padahl memang betul kan?? kalau study,silap-silap boleh potong kawan tu. tapi dunia bukanlah tempat untuk orang yang suka bagi alasan. sorry. nak bagi alasan pi kat pluto atau marikh. daripada aku sibuk mencarin alasan,lebih baik aku cari jalan penyelesaian.

kadang-kadang aku pelik,mcm mana term ALASAN tu boleh wujud kat dunia walhal benda tu tak boleh diguna pakai sangat pun. mcm duit syiling 1 sen la. kalau kumpul sampai rm10 pun,bukan boleh guna nak beli burger,melainkan untuk bayar bila air atau bila api. perlu ke term ALASAN tu wujud?

alasan juga macam garam. tak boleh guna banyak-banyak. garam juga selalu diberi tanggapan negatif.
GARAM MENYEBABKAN SAKIT JANTUNG!!!!


tapi who gives a damn yaww!! janji sedap hingga menjilat jari sudah la. penyakit belakang kira. kalau dah nak mampos tu,mampos jugak kan? sape kisah. tapi tu la,berbalik kepada alasan. kenapa orang susah betul nak terima alasan?? macam juliana evans nak terima aku la. susah betul. haish!

"saya tak siap homework sebab semalam blackout,so terpaksa la saya tengok tv."

agak-agak alasan macam tu boleh diterima oleh cikgu tak??

Wednesday, February 16, 2011

entri gampang!

ya,entri aku memang gampang dan aku sukakannya!! HAHAHAHA. sorry if aku terkasar bahasa,aku cuma nak cakap,be more open and think deeply. this is democracy. nama je democracy,tapi aku still tak boleh kutuk orang directly,so sindiran is the master of reverse psychology. maybe to general dan menyinggung perasaan orang. tapi entri yang gampang lahir dari perasaan marah yang teramat gampang. you can feel the pain? good because that's what i really want!

betina dan jentelmen

betina: sayang,i nak makan coklat la esok.
jentelmen: okay2,nanti i belikan. u nak brand mahal ke brand paliiiing mahal?
betina:yeke?? i sayang u. muahx2. i nak yang paling mahal dalam dunia.
jentelmen:okay,i beli coklat made in usa. rm400 seketul
betina: i looooveeee yooouuuu
jentelmen:me too..

esoknya si jentelmen pun belikan lah coklat yang buah hati pengarang jantungnya nak semalam. seronok bukan main dia. "mesti betina sayang aku gila-gila babi nanti".
dia pun call si betina,set tempat dengan time,nak date.

esoknya lagi;

jentelmen:u tutup mata,i ada seprais!
betina: yeke?? apa ni?? (sambil menutup mata walaupun dah tau akan dapat coklat)
jetelmen: jeng jeng jeng(mengeluarkan coklat brand BUSHCHOCSOPALAT
betina:waaahhhhh,sewonoknyewww *ewwwww
jentelmen: i pun happy bila tengok u happy.
betina: i looooveee youuu

tiba2 fon si betina berdering. dia pun menjawab

betina:yeke??? u dah belikan coklat tu?? i dapat dua coklat hari ni? thank you so much. I LOVE YOU

si jentelmen tadi dengar dia pun hot la satu badan.

jentelmen:sape tu???!!
betina:ouh,kawan i,gampang. kenapa?
jentelmen:u ckp u love me,then kenapa u cakap u love dia pulak?
betina:come on laa,i love you tu subjektif la. jgn kolotkan pikiran u dgn cinta je.

jentelmen ternganga.....................

tu la,betina memang senang ungkap i love you sebab kononnya mereka adalah spesies yang bertamadun. padahal....maderfader!
so jangan la bercinta dengan BETINA,carilah WANITA yang setia menyayangi diri kau tu.
jgn muddah terpedaya dengan crossword puzzle.

Saturday, February 12, 2011

i know a greatest man!

semalam baru aku tersedar yang aku sebenarnya ada kenal seorang lelaki power. sebelum ni aku tak sedar pun dia hebat sebab dia ni kerja biasa ja. kerja plumber. sapa la yang nak pandang dia kan? eleh,setakat kerja tu ramai orang buat benda sama lah! tapi dia tak kisah. dia buat jugak kerja tu dan dia enjoy kerja dia. aku suka cara dia berfikir.

tapi aku dengar cerita,masa dia muda-muda dia memang hebat main bola. midfielder! hampir-hampir dapat wakil perak. hebat gila!! sebab dia main bola ke dia jadi power dan terkenal? tak. tidak sama sekali.

aku ada jugak dengar yang dia ni masa muda,dia hebat gila tackle awek. muka market. aku dengar cerita la. tak tau la betul ke tak. ikut-ikut aku lagi hensem dari dia,tapi takdak sorang pun awek sangkut. biarlah,mungkin tu mitos atau ura-ura nak bg cerita lagi gempak agaknya. biarlah.. tapi sebab kehandalan dia mengorat awek . bukaaaaan. sama sekali tidak anak-anakku. hahaha.!

tapi aku cukup admire dengan kehebatan dia membesarkan anak-anak dia. semua lelaki pulak tu. aku tengok dia takde la garang sangat. tapi sekali kalau dia marah,memang semua anak-anak dia akan terkesima,ada yang terkencing dalam seluar lagi la. lagi satu,bini dia lawa. hehehe. aku tengok gambar masa dia kawin,putih melepak. bibir merah bak delima. cantik. memang betul la dia ni pandai tackle marka.

tapi aku sebenarnya kesian tengok dia ni. orang lain dah maju berkereta,dia naik kapcai lagi. rumah pun rumah sewa je. patut ke orang hebat macam dia ni hidup macam tu? tapi dia tak kisah. demi anak-anak dia dia sanggup hidup susah. asalkan anak-anak dia ingat kat dia masa dia tu cukuplah. tapi anak-anak dia ni boleh ke balas jasa dia? dia orang hebat kot!!

aku ada juga simpan niat nak jadi macam dia,tapi dia selalu pesan,jangan jadi mcm ABAH ni. ya,aku memang panggil dia abah sebab nama dia mohd shofi bin alang mohd yassin. kebetulan ke?? tak la,memang betul he's the greatest man on earth. superman pun boleh kalah dgn dia. kapcai dia boleh terbang kot!! dia selalu cakap jangan jadi macam abah,kerja bawah panas,hitam,penat,letih. nanti haiqal dah besaq haiqal kerja bawah air cond. tak mcm abah,kerja teruk-teruk pun gaji sikit. takpa-takpa,nanti haiqal dah kerja,haiqal beli inspira double seated. boleh mak dgn abah dating. dah lama mak dgn abah tak dating sebab asyik dok bela kami.

thank you!
i love you!

Thursday, February 10, 2011

kenyang!

hari ni aku dah bantai nasi lemak+otak-otak+char kuey teow+muffin. mak ai,macam mana dengan diet ni? mungkin sebab hormon kot. nafsu membuak-buak sekarang ni. orang cakap sementara boleh makan ni,makan je la. nanti dah sakit,terlentang takdak sapa nak peduli,tak boleh nak makan sedap-sedap dah. biarlah aku nampak gemuk pun,janji aku boleh berlari serta berjalan pun dah cukup bersyukur.

sembang-sembang dengan metz (ahmad shazwan)tadi. dia dah masuk bisnes! cayalah. dia cakap bisnes ni boleh dapat income masyuk. werghhhh. dah masyuk tu boleh la belanja aku makan nanti,jangan la kemut sangat. tergerak jugak nak masuk. boleh dapat pulangan lumayan. tapi modal tadeeeee la bro. lupakan je la. terpaksa la aku lupakan nak beli gibson sg kesayangan aku tu.

hari ni juga aku rasa macam nak demam. semua serba tak kena. badan panas tapi tak demam. tekak kering,tapi tak batuk. bersin tapi tak selsema. apa dah kena dengan aku ni?? betul kot cakap shuq,2 kali jumaat je lagi. haha. dosa dengan kawan-kawan pun banyak lagi yang tak ditebus. dosa dengan allah lagi lah. kalau lah esok nyawa aku dicabut,entah dapat ke tak aku cium bau syurga.

maaflah kawan-kawan. aku bukan sengaja mendrop atau mempressure korang walaupun hakikatnya sengaja,cuma aku rasa dengan mendrop boleh mengeratkan sillaturrahim. bak kata pepatah,sayangkan anak tangan-tangankan,sayang isteri tinggal-tinggalkan,sayang kawan drop-dropkan. barulah ceria perhubungan.

halalkan makan minum telan luah muntah aku ye?? terima kasih.

dont talk to stranger because stranger cant speak malay.

Saturday, February 5, 2011

podacet!!

badi cuti panjang memang sungguh haram jadah. berat badan meninggkat,mutu bersukan pula menurun. apa nak jadi ni? tengoklah,nak taip pun aku dah malas sekarang. kena buat something sebelum BMI aku bertambah sekaligus meletakkan aku dalam kategori ohbest!

cukup la kot cerita pasal berat aku. macam perempuan pulak kecoh pasal berat badan,diet,gemuk apa semua ni. bukannya apa,cukup lah aku jadi gemuk masa sekolah rendah dulu. aku tak nak jadi gemuk macam dulu dah. SIAL LAH!! aku tak nak cakap pasal gemuk dah.benda ni buat aku down. move to another topic. okay,pasum tinggal lagi 2 bulan je. ye2,aku tahu alam bina BUKAN pasum,but who cares? kali ni biarlah aku label alam bina sebagai pasum buat sementara waktu,sementara tunggu gelaran yang sesuai untuk alam bina ni. pasum dah nak tamat,masalahnya sekarang ni,macam mana aku nak bawak balik barang2 aku tu balik taiping? dah la banyak macam haram,kena balik naik bas pulak tu. sedih,sedih.

tapi lagi sedih bila pikir nak tinggal kawan-kawan. ya,ya! aku tahu alam bina akan masuk UM balik. *mulut-mulut budak sains faizalkali serta sains hayati binti nordin ni memang susah nak tutup. tapi kesedihan tu tetap boleh rasa la. mesti suasana dah tak macam dulu(sekarang pun dah tak macam dulu). semua berpecah ikut course,tapi nasib baik la fakulti boleh jadi tempat kita lepak lagi. harap-harap takde la yang tukar universiti.

aku juga dalam dilema nak amek architecture atau building survey. kalau aku amek architecture,tu memang minat aku sejak dulu. tapi bilah fikir semula,archi banyak pakai duit. kalau aku tak dapat biasiswa,parak la nak pakai ptptn. archi belajar lama sangat laa. aku nak cepat kerja sebab aku dah letih tgk bapak aku kerja cari duit. BS pulak bukan minat aku yang terutama,tapi pembelajaran dia sekejap je. cepat sikit dapat kerja. mana satu la ni. tgk la pointer nanti mcm mn dulu. kalau basic design asyik kena hentam je,mmg gelap la masa depan nak masuk architecture. aku ingat dulu aku dah pandai lukis dah cukup hebat la untuk aku ambik architecture. rupanya aku silap. kalau aku tahu,akau amek kursusu gubahan bunga straw dengan kelas jahitan bermanik kat kampung aku tu. boleh la meransang kreativiti aku ni.

silap jugak sepanjang aku sekolah menengah,aku tak diberi peluang belajar seni. form 1 sampai form 3 kelas seni ganti dengan arab. form 4 dgn forn 5 dah tak boleh ambik seni sebab dah terlambat. so,sape yang dulu amek kelas art,takyah nak poyo sangat la dengan aku yang menjadi mangsa keadaan.

papehal roger-roger ah!
chow!