halaman

Wednesday, December 29, 2010

tak payah laa

tak payah la nak menari dekat depan TV tu,takda sape nak tengok pun..

tak payah la nak buat lawak kat sini,takde sape nak gelakkan pun..

tak payah la nak buat gengster kat sana,takde sape yang akan menang..

tak payah la kau nak menangis,bukan ada sape kisah pun kan??!!

tak payah la kau nak merajuk,nanti kau yang pujuk diri sendiri..

tak payah la kau nak marah,nanti orang lagi benci kat kau..

tak payah la kot kau nak mengharap,sebab harapan tinggal harapan..

tak payah la hidup dalam kemewahan,kalau kebahagiaan susah nak dapat..

tak payah la beli kereta besar,kalau sekadar nak menunjuk..

tak payah la menggedik kat sini,buat aku nak termuntah ada la.

tak payah la kau nak buat aku sakit hati,sebab aku memang dah sakit hati.!!

tak payah la mengadu kat sesiapa,kalau setakat berkata-kata dengan tunggul..

tak payah kau sayang kat orang yang belum tentu sayang kat kau..

hidup ni banyak benda yang tak payah atau tak perlu dilakukan demi untuk menjaga perasaan orang lain. Tapi ada ke orang yang terpikir nak menjaga hati kita? kadang-kadang kawan pun susah nak mintak tolong. hidup sendiri pun tak boleh jugak. haish,banyak betul cabaran

Tuesday, December 28, 2010

penangan caffeine

dah pukul 2.45,aku tak boleh tido lagi..nak layan karinegri,dah kena block pulak. cibai sungguh sapa yang report tu. karingeri tu dah macam dadah bagi aku. boring sangat,aku bukak la youtube. search 'japanese ghost',dah la sorang-sorang dalam bilik. boleh rasa hormon adrenalin mengalir kat seluruh tubuh. walaupun hantu tu nampak fake,tapi cukup la nak buat darah jantan aku ni berderau.

mata masih di monitor,telinga di sumbat dengan earphone,sambil mendengar lagu nirvana. layan beb. COME AS YOU ARE. tau tak apa yang hebat pasal nirvana ni? kurt cobain boleh goreng sambil menyanyi. susah. aku dah try banyak kali,tapi tak boleh. mungkin aku tak sehebat kurt cobain kot. yela,dia legend grunge kot. aku ni pulak cuma budak mentah yang baru nak berjinak-jinak menjadi ahli muzik.

masih bosan. nak text,takde awek. aku tengok budak sebelah katil aku,best je bergayut. ah! lantak ah!! tukar cite lain. haaa,ni..aku cukup tak puas hati la! kenapa mesti duit alaun kpt lambat masuk? aku dah segan nak intak dengan mak aku. tapi nak buat macam mana,kat sapa lagi aku nak mintak. KPT,masuk la cepat. kad bank islam aku tu pun dah berhabuk. lama sangat tak guna. dah berhabuk kat dalam dompet yang bersawang ni.

esok kelas introduction to construction. bantai tido je laa. bukannya dia ajar apa pun. cuma aku pelik la,macam mana joyeh boleh fokus dalam setiap kelas? aku try,tapi tak boleh. mungkin dia keturunan kurt cobain kot. apa je yang dia buat,mesti aku susah nak tiru. tapi aku boleh tiru gaya dia jalan. ok la tu..

dah lama tak balik rumah..tapi kalau aku balik,apa je aku boleh buat? dah la takda transport,terperuk ja. dalam masa sama aku nak jumpa parent dengan adik-adik aku. dilema betoi laaa.

new year pulak ada kelas. dah masuk U ni,macam-macam peraturan pelik tercipta. aku pun tak paham. dah la kelas basic design. kena menghadap muka-muka prof yang dah bertahun-tahun menjadi arkitek. leaps tu pulak,diorang ni expect kitorang boleh buat benda yang diorang boleh buat. apa kejadahnya?? kami ni baru setahun jagung dalam bidang design mendesign ni. tahu la dah lama,tapi jangan ka nak poyo sangat. prof-prof ni juga,dah buat ramai budak yang pada mulanya minat pada design,beralih arah. bahaya tu. kami ni aset negara..tak boleh main-,main.




aku nak gitar kat atas tu boleh tak?? gitar tu adalah benda pertama dalam list aku nak beli kalau duit cukup.

kat bawah ni gajet-gajet yang aku teringin nak ada mengikut turutan

1)gitar tadi tu la.(gibson SG)
2)laptop
3)lesen kereta(gajet ke)
4)kereta mazda6
5)rumah banglo kat tepi pantai.

tapi masalahnya,kalau waktu macam ni pun aku tak tido lagi,esok pagi kuliah mengantok,tak boleh fokus,sekaligus aku tidak akn faham. apabila tidak faham,pasti menyukarkan aku untuk menjawab soalan exam. apabila tidak boleh menjawab soalan exam,aku akan gagal. apabila aku gagal,aku tidak akan mendapat peluang pekerjaan yang hebat,apabila tidak bekerja,mana nak dapat duit? takda duit,macam mana aku nak beli benda-benda kat atas tu??
so,aku nak tido laaaa. dah ngantoooookkkkkkkk
bye!!!

conclusion:kalau serius sangat kejar sesuatu,mesti kita tak dapat. chil2 je la
just follow the flow!!

Monday, December 27, 2010

perlu ke benda-benda ni??

aku sendiri pun tak faham,kenapa remaja mesti bercinta? saintis barat berkata,ia disebabkan perembesan hormon-hormon manusia ketika ini sedang rancak serancak gitar lagu metallica. betul ke? kalau betul,kenapalah,semasa usia ini,para remaja perlu pergi belajar dan menuntut ilmu? baik pergi bercinta je? kan ke tu norma manusia..

lagi bingung,apabila ibu bapa tak bagi anak mereka bercinta,sedangkan semasa mereka seusia anak-anak mereka,mereka juga bercinta,dan seterusnya berkahwin serta mendapat anak yang sekarang ini dilarang untuk bercinta. bingung bingung bingung!mana satu yang betul ni??? belajar ke bercinta dulu ni??

kalau usia ni,kita belajar je,insyaallah la,kita akan berjaya dalam hidup,dapat kerja elok-elok. boleh beli rumah besar,tapi,kalau asyik belajar je,takut nanti dah tua pun tak dapat jodoh sebab semua dah dicop oleh orang lain. ada yang dicop secara rasmi dan ada juga yang dicop secara 'tidak rasmi'.

sekarang cuba kita pikir pulak apa kelebihan bercinta muda-muda ni:

1)bersemangat
2)ada tempat luahkan masalah
3)tak kesunyian

sekarang kita lihat pula consequences apabila clash:

1)tak bersemangat
2)takde tempat luahkan masalah
3)kesunyian
4)bila bengang,baling fon,fon pecah,nak beli baru pulak. duit lagi..
5)tak nak makan.(yang ni bodoh)
6)muka sembab
7)muncul kedutan di dahi,nak beli olay total white pulak,duit lagi...
8)duit habis banyak kat gf..duit lagi...
9)jadi gila atau gila sementara.

dah kronik sangat

10)BUNUH DIRI!!

wow!!! disebabkan 3 kelebihan bercinta,kita lupa kepada 10 musibah yang bakal melanda. hahahaha.

betulla cinta tu buta.

conclusion: jangan pikir sangat,just follow the flow.

Wednesday, December 22, 2010

video

mourn till moron. sedih sampai bodoh?


sup bunjut adabi,sedap dimakan beitu saja. kalau lah hidup semudah tu,kan best...kenapa dalam dunia mesti ada orang kaya dan orang miskin? kenapa mesti ada yang ada banglo,dan ada yg merempat?

kadang-kadang,orang pandai cuba bercakap dengan orang bodoh benda yang orang bodoh tak tahu. tapi lagi bodoh,kalau orang bodoh cuba bercakap dgn orang pandai tentang benda yang orang pandai tahu. lagi sial,kalau orang bodoh,tapi disebabkan kekayaan mak pak diorang,diorang dianggap sebagai orang pandai dalam kelas tersendiri. apa yang hebatnya??? seolah2 mcm orang yang tahu makan je,tapi tak reti nak nilai mana satu halal mana satu haram.

orang-orang kaya ni senang je,produce anak,pastu biarkan berkeliaran,nnt dah besar sket,agak-agak bengap sgt time spm,hantar je masuk kolej swasta. bagi la duit,tak payah jaga pun takpe,masing2 dah besar. tapi terlupa nak bgtau kat anak2 tu yang diorang tak ready lagi nak cucu. tu pasal bila dah dapat cucu takde cop sirim,mula lah gelabah. nak marah pun tak boleh sebab budak2 zaman sekarang memang dah ramai yang bijak. bak kata orang tua'sebelum beli,test dulu'. macam tu la lebih kurang.

tak kisah la,era moden ni,life style mmg kena ubah. orang kampung tu semuanya kuno. haprak. orang bandar ni berwawasan. budak bandar lagi pandai,budak kampung semuanya bodoh. kan? tak begitu? budak kampung kotor,budak bandar bersih sihat dan kuat sebab mkn scoot emulsion. budak kampung ubat cacing pun susah nak cari.

motherfucker! dammit! shit!(urban lifestyle). babi,pukimak,haram,BPH(kekampungan)
dasar aperteid(sorry kalau salah eja)