halaman

Saturday, May 19, 2012

ce cite ce cite

bila cakap pasal masalah,semua orang ada masalah masing-masing. masalah adalah benda subjektif bergantung kepada ketahanan mental setiap individu. ada sesetengah orang,fail exam bukanlah masalah besar bagi mereka. tapi itu bukan ketahanan mental,tapi mungkin masalah mental. bagi sesetengah orang pula,mereka tiada masalah,tetapi suka cari masalah,dan dari masalah yang mereka sendiri cipta itu,mereka menyalahkan orang lain. yang itu betul masalah.
 cukuplah definition pasai masalah tu tadi. tapi ayat tu semua aku cipta sendiri tau,tak main la copy paste ni,takdak originality. nak habih2 sem ni biasa la,masalah kewangan la. tu normal la bagi setiap student. student kalau hidup miskin,tu memang lumrah. yang masalahnya bila dah grad pun dok macam tu jugak,itu bukan lumrah,itu dah jatuh ke lurah kemalasan.
 kadang-kadang aku terpikir,nak buat pa aku sibuk-sibuk nak heran orang pakai motor besaq,pakai fon mahai. aku baru nak cecah 20 bulan 10 nnt. dan insyaallah dlm umur 24 mcm tu aku dah mengenggam segulung ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan,dan dalam umur 25-26 aku dah ada kerja tetap dengan gaji yang tetap. at that moment,aku boleh start pakai fon pintar soleh,dah boleh buang fon bodo piang. dah boleh bertukar dari motor modenas yang nak pi 100km/j pun dah getaq pungkoq,kepada honda cbr 250 cc yang tonggek lagi seksi. buat pa nak kalut2 ye dok? ada banyak masa lagi. tapi tu lah masalah anak muda macam aku ni,tak sabaq,tak dan2 dah.
  masa dia akan tiba jugak sbb Allah tak pernah lambat ataupun cepat memberi sesuatu nikmat tu kepada hamba dia. Dia turunkan nikmat tu on time,pada masa yang tepat.tu pentingnya sabar. kalau nama sabaruddin ja tak cukup nak jadi orang yang sabar.aku jujur cakap,sepanjang aku hidup,dari zaman kanak-kanak mahu pun pra dewasa,aku tak pernah merasa dapat beli Playstation. dari playstation 1 sampai la yg 3 ni. adakah aku insan yang ketinggalan? dan aku juga tak pernah merasa langsung pakai handset touchscreen yang ada tulih 'slide to unlock'. adakah aku ketinggalan? dengan dunia sekarang sudah semakin moden dgn bbm serta wassap,aku still lg hantaq mesej. dikala semua orang sedang tweet menggunakan fon pintar soleh mereka,aku pula masih lagi tweet guna laptop. lame kan?
 bagi aku,aku rasa okay ja pakai fon biasa ni. lagipun takdak sapa nak heran pun. hidup ni kalau nak mengikut orang ja,susah. ada benda kita boleh la ikut,ada benda tu,kalau tak mampu,tak payah la nak gatai2 ikut. sama la jugak,jangan nak compare diri kita dengan diri orang lain. kalau result exam tu dpt 2.0,tak yah la nak compare dgn orang yg dpt 4.0. try beat diri sendiri dulu. cikgu aku pernah cakap,kalau nak berjaya tu,penghalang yang paling besar sekali adalah diri sendiri. orang lain boleh cakap apa depa nak,tapi bergantung pada diri sendiri la nak amek benda tu sebagai pembakar atau peluntur semangat.

dah la,penat dah menaip. aku tulih2 ni pun sebab boring. rasa nak balik kampung la time study week. bye.


Tuesday, May 15, 2012

cot cret coretan pot pet

salam sore salam satu malaysia! apa aku nak tulih pun aku xtau sebenaqnya. saja ja tulih2,kot-kot dapat idea. next month exam final. dan aku rasa persediaan tu memang takdak. tapi sem ni ada mood sikit ah nak study,compare to sem lepaih. sem lepaih hancuq leboq. 
sem ni boleh kata sebulan aku mengabdikan diri kat feseni (Festival Seni UM). aku join 3 acara. pop band,akustik dan boria. hangpa heran dak aku join boria? nak heran pa,aku pernah join kot time darjah 4. johan zon,dapat pi daerah,daerah dpt nombor 3. time tu menari pakai tarbus,bengkung besaq sebab aku gemuk. dah macam badut dah aku time tu. mak aku pun bantai gelak. kalau mak sendiri pun dah gelak kat aku,memang buruk sgt la tu. 
dulu aku ada simpan gambaq2 time aku boria,paihtu adik aku main buat jadi daun terup,entah mana pi pun taktau. trofi  aku pulak dijadikan barang mainan. redha je lah adik ramai. 

 tapi time feseni ni banyak jugak aku belajaq pasai muzik. minda aku terbukak lebih luaih. kalau dulu,aku main gitar,aku tau goreng tu rock ja. aku tak tau apa tu funky,disko,groove. tapi sekarang aku dh tau dah. band bukan sekadar rock. ada jazz,dangdut,keroncong. tapi macam biasa la,sapa main lagu rock goreng2,headbang sikit,memang orang sorak la. 

 bagi aku,aku main muzik ni,aku bukan nak penghargaan,bukan nak sorakan. feel tu lagi penting. aku pun takdak la hebat sangat pasai muzik ni,nak gebang sikit2 tu boleh ah. tapi aku dlm proses pembelajaran. aku tak pi kelaih muzik pun. bukan poyo tak mau belajaq,tapi tak mampu. mahai nokharoom ah yuran dia. setakat seminggu sekali hang pi petik 2-3 tali,nak bayaq beratuih,mmg tak la pak aku nak hantaq aku pi situ. teringin tu ada,cuma bila cakap pasal fulus ni,malas ah nak terang banyak. aku beli gitar first aku pun guna duit raya aku. time tu semua duit raya aku habih beli benda tu. adik2 aku beli mcm2,aku beli gitar ja sebijik. bila pikiaq balik,berbaloi ka? tapi la ni aku tau,memang berbaloi. pelaburan.
 
 ramai jugak member-member yang mintak ajaq. tapi sebelum ajaq,aku tanya,hang minat dak? sungguh? "haa,betul2,kau ajar ah aku,aku minat!". tapi baru 2-3 hari dah bising "sakit jari ah", "asal aku tekan tak bunyi,asal kau tekan bunyi?". apa aku boleh cakap,practice la. kalau dah tak minat,sampai situ ja la hangpa. 

 pa benda aku merepek pun taktau, aku main tulih ja ni tau,sorry ah kalau boring. tapi aku agak sedih la bila seni-seni warisan melayu kita ni makin tak mendapat sambutan. contohnya macam aku buat show puisi haritu,boleh kira pakai jari tangan tambah jari kaki berapa orang ja datang. shooo saaaaddd :( mungkin agak bosanlah dgr puisi. tak dinafikan aku dulu pun bukannya suka puisi. tapi bila aku dah dengaq,dengaq betoi2,feel,memang terasa aura. tambah2 bila puisi ketuhanan. serious tak tipu ah. aku buat show puisi haritu memang terasa lainnya mcm main pop band atau pun acoustic. dia macam....susah nak cakap. kena rasa sendiri. tapi feel aku agak terbantut bila tengok orang yg datang sikit sangat. mungkin sebab kurang publisiti. lain la kalau event tu ada najwa latif,6ixth sense,hujan,bunkface. 

 pikiaq la anak muda. tu semua benda yang kita ambik dari orang2 barat. tak salah,tapi kalau boleh. apa yang kita ada ni,jangan la lupakan. aku pun masih mentah lagi dalam bidang ni,tapi tak salah kalau aku nak sampaikan hasrat tu. bagi aku,muzik ni macam fb ataupun twitter time zaman purba. muzik adalah medium meluahkan perasaan. 

 ada yang cakap kat aku,apa main gitar strumming ska ja,belajar lah solo. solo tu bunga. sekadar bunga. yang penting pokoknya. kalau pokok pun tak dijaga,macam mana bunga nak tumbuh. sejujurnya,aku belajar main gitar sendiri2 dari form 3,tapi bila aku jumpa abg arel,aku rasa aku ni zero. aku takdak basic. aku tau main chord,tapi xtau apa itu chord. aku tau scale,tapi aku tak tau macam mana nak guna scale. pattern,tempo,semua tu mana aku tau. satu bar ada berapa counting,pun aku tak tau. sampai la aku jumpa abg arel ni. dia la yang ajaq aku. walaupun sekarang ni tak la banyak sgt dia ajaq lagi,tapi slow2 la. dalam muzik ni kena ada disiplin. and nak jadi musician ni,kena ada attitude. ada yang cakap musician ni kena hisap rokok,awek ramai. hahaha,tu mitos.aku tak hisap rokok dan aku setia pada yang satu. amiiinnn.

 masa aku pergi show puisi tu,ada sorang lecturer ni,dia dari indonesia. dia cakap "bidang sastera ni tidak sepatutnya diberikan kepada pelajar yang lemah dlm pelajaran sahaja". betul apa dia cakap! kalau kita tengok sekarang ni,sapa yang pandai,semua aliran sains. sastera ni saki baki student yang result cukup-cukup makan. mentaliti rakyat kita dah macam tu. semuanya rasa,nak kaya,kena kerja engineer,doktor,arkitek,juruukur bahan,juruukur bangunan (boleh laaa...). tapi,manusia lupa pada erti sebenar kekayaan. rezeki datang dari Allah. asalkan kerja itu halal,dan kita ikhlas dalam melakukan kerja tersebut. kalau kerja engineer,tapi tak ikhlas,gaji ribu2,tapi duit tu mana ntah pegi pun taktau. habih camtu jaa. hari-hari hidup dalam tekanan. lakukan perkara yang kita tak suka. 

 tapi seriously,zaman sekarang memang kena ada degree dlm bidang professional ni,baru boleh survive. nak buat macam mana. kadang2 kita terpaksa. benda tu memang la kita tak minat,tapi kalau kita ikhlaskan hati,insyaallah Allah tolong kita. tu la apa yang aku sedang lakukan sekarang,dan alhamdulillah,aku semakin nampak hala tujuan aku kat sini. aku ada keluarga,kawan2 serta si dia yang selalu memberi semangat.

"kalau kita bersyukur,Allah akan tambah nikmat kita,tetapi jgn sesekali kufur" renung2kanlah :)