halaman

Wednesday, August 3, 2011

berkurun lamanya

sudah hampir kira-kira dekat-dekat 4 bulan lebih aku tidak menekan papan kekunci seekor laptop bagi mengemaskini blogku ini. bukan tidak mahu,tapi waa baru nak up,baru nak ada laptop. aku tau aku memang noob,umur dah tua,baru nak beli laptop. pastu kecoh-kecoh macam budak bodoh. tapi aku orang susah,tak kaya macam orang lain. kais pagi makan mcd,kais petang makan kentang.

kali terakhir aku dok mengemas dan mengkini kan blog aku,semasa kehangatan perpisahan hari terakhir hampir terasa. di mana ketika itu, paul nickson(bukan nama sebenar) buat pertama kalinya menitiskan air mata jantannya di bahu aku. kemudian,aku pun mengangkat muka paul,merenung wajahnya,lalu berkata "kau nak nagis pun jangan la dekat bahu aku,aku geli"(rekaan semata-mata) akram yang dulunya monkey magic,tiba-tiba berubah menjadi armadilo pink yang manja. memeluk erat tatkala aku ingin melangkah menaiki bas ke taiping,tanah tumpah darahku. aman,tak perlu lagi aku terangkan. sampai sahaja di duta,dia orang first nangis.

biarlah perenggan itu sahaja yang menceritakan kesedihan mereka(aku macho,tak nangis). sesampai sahaja aku dia taiping,tidak sabar rasanya hendak memeluk serta menyalami tangannya kedua ibu bapaku pun. berkumpul kembali dengan adik beradikku yang sudah semakin taiko. kampung pinang mereka yang pegang. aku sudah lama cuci tangan sejak dipenjarakan gara-gara mulut busuk shark. dah tau mulut busuk,cakap depan-depan muka polis. bila polis marah,dituduhnya aku curi berus gigi dia. tak pasal-pasal aku dipenjara selama 2 hari atas tuduhan mencuri tanpa izin. dia bawah akta penangkapan hasil laut. mentang-mentang la dia shark,spesies dilindungi,senang-senang je polis back-up dia.

biarlah dekat dia,asalkan dia bahagia. aku sekarang sudah bahagia dengan kehadiran siti. siapa siti??? dialah kekasih baru aku. Siti Seratus Binti Modenas.

dialah yang setia menemani aku kemana sahaja. tak kira hujan atau panas,selagi petrol memenuhi perutnya,dia akan berbakti. aku bangga dengan Siti!

dengan kehadiran siti,dia kerap membawaku pergi berenang serta swimming dia swimming pool. kehidupan sangat indah sekarang ini. tidak seperti di kuala lumpur. kesesakan lalulintas,kesibukan tugasan serta kelancangan jaafar menjadi warna kehidupan yang tone-nya lebih gelap dari kulit akram. tak perlu buat design ketika di rumah. tak perlu pergi ke DKB. tak perlu keluarkan duit kalau nak makan. tetapi,kerinduan aku terhadap rakan-rakan memang tak dapat dibendung. rakan-rakan aku sudah ibarat kawan-kawan bagi aku. tidak mengapa,lagi sebulan kita akan berjumpa setelah berkurun lamanya tidak berjumpa.

p/s : menyesal pulak menangis dulu. mcm tak jumpa dah.

2 comments:

  1. hahaha, lawak wei hang ni.
    aku pon menyesal menangis2 last day konon, jumpa ja lagi! haha

    ReplyDelete
  2. Siti seratus binti Modenas bhaiii !

    ReplyDelete