halaman

Saturday, May 19, 2012

ce cite ce cite

bila cakap pasal masalah,semua orang ada masalah masing-masing. masalah adalah benda subjektif bergantung kepada ketahanan mental setiap individu. ada sesetengah orang,fail exam bukanlah masalah besar bagi mereka. tapi itu bukan ketahanan mental,tapi mungkin masalah mental. bagi sesetengah orang pula,mereka tiada masalah,tetapi suka cari masalah,dan dari masalah yang mereka sendiri cipta itu,mereka menyalahkan orang lain. yang itu betul masalah.
 cukuplah definition pasai masalah tu tadi. tapi ayat tu semua aku cipta sendiri tau,tak main la copy paste ni,takdak originality. nak habih2 sem ni biasa la,masalah kewangan la. tu normal la bagi setiap student. student kalau hidup miskin,tu memang lumrah. yang masalahnya bila dah grad pun dok macam tu jugak,itu bukan lumrah,itu dah jatuh ke lurah kemalasan.
 kadang-kadang aku terpikir,nak buat pa aku sibuk-sibuk nak heran orang pakai motor besaq,pakai fon mahai. aku baru nak cecah 20 bulan 10 nnt. dan insyaallah dlm umur 24 mcm tu aku dah mengenggam segulung ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan,dan dalam umur 25-26 aku dah ada kerja tetap dengan gaji yang tetap. at that moment,aku boleh start pakai fon pintar soleh,dah boleh buang fon bodo piang. dah boleh bertukar dari motor modenas yang nak pi 100km/j pun dah getaq pungkoq,kepada honda cbr 250 cc yang tonggek lagi seksi. buat pa nak kalut2 ye dok? ada banyak masa lagi. tapi tu lah masalah anak muda macam aku ni,tak sabaq,tak dan2 dah.
  masa dia akan tiba jugak sbb Allah tak pernah lambat ataupun cepat memberi sesuatu nikmat tu kepada hamba dia. Dia turunkan nikmat tu on time,pada masa yang tepat.tu pentingnya sabar. kalau nama sabaruddin ja tak cukup nak jadi orang yang sabar.aku jujur cakap,sepanjang aku hidup,dari zaman kanak-kanak mahu pun pra dewasa,aku tak pernah merasa dapat beli Playstation. dari playstation 1 sampai la yg 3 ni. adakah aku insan yang ketinggalan? dan aku juga tak pernah merasa langsung pakai handset touchscreen yang ada tulih 'slide to unlock'. adakah aku ketinggalan? dengan dunia sekarang sudah semakin moden dgn bbm serta wassap,aku still lg hantaq mesej. dikala semua orang sedang tweet menggunakan fon pintar soleh mereka,aku pula masih lagi tweet guna laptop. lame kan?
 bagi aku,aku rasa okay ja pakai fon biasa ni. lagipun takdak sapa nak heran pun. hidup ni kalau nak mengikut orang ja,susah. ada benda kita boleh la ikut,ada benda tu,kalau tak mampu,tak payah la nak gatai2 ikut. sama la jugak,jangan nak compare diri kita dengan diri orang lain. kalau result exam tu dpt 2.0,tak yah la nak compare dgn orang yg dpt 4.0. try beat diri sendiri dulu. cikgu aku pernah cakap,kalau nak berjaya tu,penghalang yang paling besar sekali adalah diri sendiri. orang lain boleh cakap apa depa nak,tapi bergantung pada diri sendiri la nak amek benda tu sebagai pembakar atau peluntur semangat.

dah la,penat dah menaip. aku tulih2 ni pun sebab boring. rasa nak balik kampung la time study week. bye.


No comments:

Post a Comment