halaman

Monday, December 27, 2010

perlu ke benda-benda ni??

aku sendiri pun tak faham,kenapa remaja mesti bercinta? saintis barat berkata,ia disebabkan perembesan hormon-hormon manusia ketika ini sedang rancak serancak gitar lagu metallica. betul ke? kalau betul,kenapalah,semasa usia ini,para remaja perlu pergi belajar dan menuntut ilmu? baik pergi bercinta je? kan ke tu norma manusia..

lagi bingung,apabila ibu bapa tak bagi anak mereka bercinta,sedangkan semasa mereka seusia anak-anak mereka,mereka juga bercinta,dan seterusnya berkahwin serta mendapat anak yang sekarang ini dilarang untuk bercinta. bingung bingung bingung!mana satu yang betul ni??? belajar ke bercinta dulu ni??

kalau usia ni,kita belajar je,insyaallah la,kita akan berjaya dalam hidup,dapat kerja elok-elok. boleh beli rumah besar,tapi,kalau asyik belajar je,takut nanti dah tua pun tak dapat jodoh sebab semua dah dicop oleh orang lain. ada yang dicop secara rasmi dan ada juga yang dicop secara 'tidak rasmi'.

sekarang cuba kita pikir pulak apa kelebihan bercinta muda-muda ni:

1)bersemangat
2)ada tempat luahkan masalah
3)tak kesunyian

sekarang kita lihat pula consequences apabila clash:

1)tak bersemangat
2)takde tempat luahkan masalah
3)kesunyian
4)bila bengang,baling fon,fon pecah,nak beli baru pulak. duit lagi..
5)tak nak makan.(yang ni bodoh)
6)muka sembab
7)muncul kedutan di dahi,nak beli olay total white pulak,duit lagi...
8)duit habis banyak kat gf..duit lagi...
9)jadi gila atau gila sementara.

dah kronik sangat

10)BUNUH DIRI!!

wow!!! disebabkan 3 kelebihan bercinta,kita lupa kepada 10 musibah yang bakal melanda. hahahaha.

betulla cinta tu buta.

conclusion: jangan pikir sangat,just follow the flow.

No comments:

Post a Comment