halaman

Thursday, February 10, 2011

kenyang!

hari ni aku dah bantai nasi lemak+otak-otak+char kuey teow+muffin. mak ai,macam mana dengan diet ni? mungkin sebab hormon kot. nafsu membuak-buak sekarang ni. orang cakap sementara boleh makan ni,makan je la. nanti dah sakit,terlentang takdak sapa nak peduli,tak boleh nak makan sedap-sedap dah. biarlah aku nampak gemuk pun,janji aku boleh berlari serta berjalan pun dah cukup bersyukur.

sembang-sembang dengan metz (ahmad shazwan)tadi. dia dah masuk bisnes! cayalah. dia cakap bisnes ni boleh dapat income masyuk. werghhhh. dah masyuk tu boleh la belanja aku makan nanti,jangan la kemut sangat. tergerak jugak nak masuk. boleh dapat pulangan lumayan. tapi modal tadeeeee la bro. lupakan je la. terpaksa la aku lupakan nak beli gibson sg kesayangan aku tu.

hari ni juga aku rasa macam nak demam. semua serba tak kena. badan panas tapi tak demam. tekak kering,tapi tak batuk. bersin tapi tak selsema. apa dah kena dengan aku ni?? betul kot cakap shuq,2 kali jumaat je lagi. haha. dosa dengan kawan-kawan pun banyak lagi yang tak ditebus. dosa dengan allah lagi lah. kalau lah esok nyawa aku dicabut,entah dapat ke tak aku cium bau syurga.

maaflah kawan-kawan. aku bukan sengaja mendrop atau mempressure korang walaupun hakikatnya sengaja,cuma aku rasa dengan mendrop boleh mengeratkan sillaturrahim. bak kata pepatah,sayangkan anak tangan-tangankan,sayang isteri tinggal-tinggalkan,sayang kawan drop-dropkan. barulah ceria perhubungan.

halalkan makan minum telan luah muntah aku ye?? terima kasih.

dont talk to stranger because stranger cant speak malay.

No comments:

Post a Comment