halaman

Friday, March 11, 2011

damn,cuti panjang!!

'adik,sila daftar kat block A,ni block perempuan" first time aku kena tegur dgn PP(penyusah pelajar) kat UM. time tu pak aku park kereta jauh berjambu dari kolej. jalan kaki dari padang sampai ke kolej. aku steady la sebab fit(tuihh!!) tapi kesian kat bapak aku,berpeluh berjalan. tapi demi his son,dia sanggup! hahaha. (kalau abah pandai guna internet nanti baca la blog ni). aku ingat la tanggal 23 MEI 2010,aku daftar masuk UM

masa tu ramai la kawan-kawan sekolah aku masuk sini,tapi orang nak haraaaaaam ramai,mcm melontar jamrah dah aku tengok,memang susah gila nak cari. dalam kereta aman dah call,dia cakap nanti jumpa,setting sama bilik. aku cakap aku set ja! seperti entri2 aku yang sebelum ni,aku malas tuilh panjang. buat lenguh tangan aku taip,buat lenguh mata ampa baca ja.

hari ni 12 mac 2011:
rasa mcm baru ja daftar masuk asasi alam bina ni. tup tup 3 minggu lagi dah belah. best la. tak payah belajaq lagi lepas ni. tak dak projek. takyah pi kuliah yang buat aku mengantuk,takyah siapkan tutorial dengan meniru lagi,takyah mengadap muka prof jaafar.

tapi...

aku benci part berpisah dengan kawan-kawan ni. sumpah lemah lutut bila part ni. kawan-kawan alam bina adalah antara yang paling cool,gila babi,sempoi. walaupun kadang-kadang ada gaduh sikit. biasalah,kawan-kawan kan.

mula-mula aku kenal kat alam bina ni,afiq dengan aaron ezas. ezas muka nerd,afiq muka biasa. lepas tu kenal dengan akram. akram ni bila dapat tau aku dengan aman sekolah kat star,diat terus label kami ni kaya. BPH! hahahahaha. tau la bpk aku anak DATUK aku. takyah la perli. akram ni muka skema jugak. hitam sikit, selalu kena bahan. dia pun kaki bahan jugak,tapi bila kena bahan emo. macam haraaaaam. hahaha tapi dia kawan aku doooh. jangan kutuk!!! aku ja boleh kutuk dia.

joyeh@izhar mustuckin. budak kys. muka memang nak mkn pelempang punya nerd. ayat masa ice breaking tak boleh blah, "saya nakkan kepuasan". sounds yellowish.. lepas tu kenal pulak dengan paul,orang sarawak. kristian. dah deal dah dengan dia nak letak nama anak michael.

ramai lagi kawan-kawan aku. wahab,afiq fawwaz,metz.ahhhhh ramai lagi lah . tak dak masa aku nak tulis. tapi aku paling suka skali kacau si SARAH SABRINA. hahahahahahhaha!!!! best gila aku habaq hang!!!! aku menang bila dia marah. modal dia tampar dengan cubit. sorry la,muscle aku banyak. tak rasa pun. tapi sarah,jangan marah eh,aku sayang kau. jangan risau. aku gurau2 manja jewwwwwwww. ewwwwwwww.......

lepas ni bye2 12th college. takde dah bilik 2 org. kafe best. ada cincau kafe.
ntah-ntah lepas ni tak boleh lepak a malik mcm selalu dah. tu port terbaek yang kau pernah jumpa kat kl ni la.

papahal pun.semua ABIANs sangat cool. ingat,kita bukan PASUM! pasum suck!


1 comment: