halaman

Sunday, March 27, 2011

dahtakdir

setelah lebih kurang 19 tahun aku hidup. setelah 19 tahun aku keluar dari rahim mak aku. setelah 19 tahun mak serta bapak aku membesarkan aku,aku dapat simpulkan disini dengan simpulan bahasa bahawa aku memang insan yang perlu berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ketepian. semua perkara yang aku lakukan memang perlu aku lakukan dengan penuh perlakuan yang sopan. tak seperti sesetengah insan yang hanya perlu berlaku kurang ajar namun masih mampu dapat apa yang mereka mahu/

hendak kata aku ni insan yang bernasib malang tidak juga sebab aku boleh dikira bertuah kerana orang cakap aku berada dilandasan yang betul walaupun bukan berada di landasan kereta api. banyak lagi insan malang yang merana sebab mereka tidak mendapat peluang seperti aku. apa yang aku perlu lakukan hanyalah bersyukur dan menadah tangan kepada yang maha esa.

aku akui aku semakin kuat sekarang kalau nak dibandingkan 10 tahun yang lalu. 10 tahun yang lalu adalah haiqal yang loser serta selekeh serta bodoh serta tidak pandai bersukan. tranformasi yang berlaku juga adalah dasar usaha aku sendiri.

terima kasih untuk aku!

1 comment: